Pivot point adalah harga pertengahan antara support dan resistance. Namun support n resistance pada tajuk pivot point adalah berbeza dengan dengan support n resistance yang kita bincangkan sebelum ini.
Jika sebelum ini kita menentukan support n resistance secara manual dengan memplot harga terendah di graf sebagai support dan memplot harga tertinggi sebagai resistance namun pada kali ini untuk mencari harga support n resistance ialah melalui kaedah pengiraan matematik dimana kita perlu menentukan dahulu harga pada pivot point.
Setelah harga pivot point, support dan resistance telah ditentukan, bolehlah kita merujuk harga2 tersebut sebagai level breakout ataupun level retracement(harga patah balik). Bagaimana harga pivot point, support dan resistance dikira sila lihat dibawah :
Pivot point boleh ditentukan dengan mengambil harga tertinggi kelmarin (high), harga terendah kelmarin(low)dan juga harga penutup kelmarin(close).
Pivot point = (High + Low + Close) / 3
Setelah anda memperolehi harga pivot point, anda boleh menggunakan formula dibawah untuk menentukan supoort dan resistance pula. Biasanya support dan resistance akan dikira sehingga 3 level iaitu R1, R2, R3 dan S1, S2, S3.
* R1 = (2*Pivot point) - Low
* R2 = Pivot Point + (High - Low)
* R3 = High + 2*(Pivot Point-Low)
* S1 = (2*Pivot Point) - High
* S2 = Pivot Point - (High - Low)
* S3 = Low - 2*(High - Pivot Point)
Setelah anda dapat kesemua input ini, anda bolehlah plotkan harga-harga input ini ke graf anda untuk dijadikan rujukan semasa bertrading.
Bagaimana menggunakan nilai-nilai input ini?Input-input harga ini boleh digunakan untuk target profit, stoploss dan open position buy/sell.
Pelbagai cara telah lahir hasil daripada analisis pivot point. Antaranya ialah :
Jika harga hari ini open diatas nilai pivot point maka buka position buy. Dan sebaliknya jika harga open dibawah pivot buka position sell.
Lihat pada trend sekarang, jika trend sedang bullish dan harga menyentuh level resistance anda bolehlah membuka position buy dan jika market bearish dan harga menyentuh level support anda bolehlah membuka position sell
Lihat kepada trend market sekarang. Jika market bullish dan ada retracement pasang position buy pada level support kerana keberangkalian market akan kembali bullish setelah menyentuh level support.
Jika market bearish dan ada retracement pasang position sell dilevel resistance kerana keberangkalian market kembali bearish setelah menyentuh level resistance.
No comments:
Post a Comment