Sunday 4 July 2010

Intelfx Broker

Intelfx adalah satu broker baru yang bertapak di arena forex Malaysia mahupun antarabangsa. Diuruskan oleh orang kita sendiri dan apa yang saya tahu broker ini berdaftar di New Zealand.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan performance broker ni, tapi disebabkan tawaran deposit yang rendah iaitu RM3.00 - USD1.00 membuatkan saya ingin mencuba broker ni. Dan pada awal bulan Jun tempoh hari saya telah depositkan sejumlah RM ke broker ni. Dan bermula pada awal Jun saya pun mulalah trade di broker ni. Apa yang saya ragu-ragu akhirnya terjadi apabila position saya yang telah diset TP gagal di close walau harga telah menyentuh TP. Yang lebih kelakar bila harga menyentuh SL position saya telah ditutup. Apabila saya semak kembali status broker ni, memang broker ni mengalami masalah teknikal tetapi dengan bantuan IB broker ni akhirnya saya dapat kembali gantirugi saya akibat masalah teknikal broker ni walaupun mengambil masa lebih dari seminggu. Yang penting saya dapat kembali hak saya.

Tapi itu adalah pada awal penubuhan broker ni, dan sekarang apa yang diperhatikan masalah-masalah teknikal telah berjaya diselesaikan. Deposit dan withdraw juga berjalan lancar. Jika anda berhasrat untuk mencuba broker ni saya rasa anda patut mencubanya. Rate deposit Intelfx adalah terendah dalam industri forex Malaysia iaitu RM3.20 - USD1.00. Nak cuba broker ni bolehlah klik disini

No comments:

Post a Comment