Monday 24 October 2011

Follow Trend 4 Hours

Salam rakan trade.

Usah kita terlalu memikirkan keuntungan secara jangka pendek. Fikirkan dulu bagaimana untuk kita selamatkan modal kita dari lebur dalam forex. Bagi yang beginner, usah terlalu taksub mengejar ilmu forex. Belajar memahami forex secara sederhana dan bijak. Ilmu forex sangat luas merangkumi teknik dan psikologi. Okey pagi ni saya nak tekankan berkenaan follow trend.

Ramai yang beranggapan dan salah anggap berkenaan follow trend. Persoalan yang timbul antaranya berbunyi 'aku dah follow trend tapi tiba-tiba trend move against aku..ahh leceh lah'. Ini yang kerap trader mengeluh. Dalam forex, kita perlu setkan stoploss. Jangan degil. Hari ni kita rugi terkena stoploss tapi esok masih ada. Orait, apa yang saya nak kongsi adalah teknik follow trend 4 hours.

Caranya mudah, anda boleh refer kepada babypips.com untuk butiran lebih detail. Ok tak mengapa, kalau anda dah tersangkut di blog saya dan malas untuk pergi ke babypips, saya terangkan secara kasar teknik ni tapi mengikut acuan saya.

Pertama sekali lihat chart pair kegemaran anda. Contohnya GBP/USD.

Perhatikan pada chart 4hours. Lihat trend pada chart tersebut.

Gunakan persilangan MA 14 exponential dan juga MA 7 exponential sebagai rujukan trend.

Jikalau persilangan MA ke atas, trend sedang bullish.

Selepas itu perhatikan pula di chart 15 minutes dengan menggunakan persilangan MA yang sama.

Jika persilangan MA di chart 15 minutes juga ke atas, anda boleh terus masuk position buy dengan meletakkan SL 50 pips dan TP 60 pips.

Jika persilangan semasa anda melihat chart kebawah, tunggu sehingga persilangan MA di chart 15 minutes kembali ke atas. Setelah persilangan kembali keatas, anda bolehlah masuk position buy dengan jumlah SL dan TP seperti saya terangkan diatas.

Jika anda tunggu punya tunggu tapi trend di 15 minutes tak juga bullish. Lebih baik anda tutup chart dan sambung esok pula. Mungkin trend akan bertukar arah.

Gunakan pemahaman yang sama untuk bearish trend.

Selamat bertrading kawan- kawan. Salam.

No comments:

Post a Comment