Monday 25 January 2010

Bid, ask dan spread

Bid, Ask dan Spread

Bila anda perhatikan market watch disebelah kiri paltform anda, anda akan dapati harga disetiap pair bergerak didalam column bid dan ask.

Apa itu bid dan ask.
Bid adalah harga asal pergerakkan satu-satu pair dipasaran. Apabila anda hendak menjual sesuatu matawang di pengurup wang asing, mereka akan merujuk harga bid dan biasanya rujukan mereka akan lebih rendah dari harga bid untuk mereka mendapat keuntungan yang lebih. Sama juga bila anda beurrusan dengan broker anda di platform. Apabila anda ingin membuka position sell, broker akan merujuk terus kepada harga bid di platform anda.

Ask pula adalah harga yang ditawarkan untuk kita membeli sesuatu matawang asing. Harga ask akan lebih tinggi sedikit berbanding bid kerana disinilah keuntungan dalam proses jual beli matawang asing terjadi. Apabila kita buy, kita akan dirujuk dengan harga ask di paltform dan perbezaan antara ask dan bid dipanggil spread.

Spread adalah perbezaan antara bid dan ask dimana disinilah broker mengambil keuntungan dalam trading kita. Spread berbeza mengikut pasangan matawang dan broker. Biasanya jika pasangan matawang tersebut mempunyai perbezaan nilai yang tinggi maka tinggilah spread pasangan tersebut.

No comments:

Post a Comment