Monday, 24 October 2011

Follow Trend 4 Hours

Salam rakan trade.

Usah kita terlalu memikirkan keuntungan secara jangka pendek. Fikirkan dulu bagaimana untuk kita selamatkan modal kita dari lebur dalam forex. Bagi yang beginner, usah terlalu taksub mengejar ilmu forex. Belajar memahami forex secara sederhana dan bijak. Ilmu forex sangat luas merangkumi teknik dan psikologi. Okey pagi ni saya nak tekankan berkenaan follow trend.

Ramai yang beranggapan dan salah anggap berkenaan follow trend. Persoalan yang timbul antaranya berbunyi 'aku dah follow trend tapi tiba-tiba trend move against aku..ahh leceh lah'. Ini yang kerap trader mengeluh. Dalam forex, kita perlu setkan stoploss. Jangan degil. Hari ni kita rugi terkena stoploss tapi esok masih ada. Orait, apa yang saya nak kongsi adalah teknik follow trend 4 hours.

Caranya mudah, anda boleh refer kepada babypips.com untuk butiran lebih detail. Ok tak mengapa, kalau anda dah tersangkut di blog saya dan malas untuk pergi ke babypips, saya terangkan secara kasar teknik ni tapi mengikut acuan saya.

Pertama sekali lihat chart pair kegemaran anda. Contohnya GBP/USD.

Perhatikan pada chart 4hours. Lihat trend pada chart tersebut.

Gunakan persilangan MA 14 exponential dan juga MA 7 exponential sebagai rujukan trend.

Jikalau persilangan MA ke atas, trend sedang bullish.

Selepas itu perhatikan pula di chart 15 minutes dengan menggunakan persilangan MA yang sama.

Jika persilangan MA di chart 15 minutes juga ke atas, anda boleh terus masuk position buy dengan meletakkan SL 50 pips dan TP 60 pips.

Jika persilangan semasa anda melihat chart kebawah, tunggu sehingga persilangan MA di chart 15 minutes kembali ke atas. Setelah persilangan kembali keatas, anda bolehlah masuk position buy dengan jumlah SL dan TP seperti saya terangkan diatas.

Jika anda tunggu punya tunggu tapi trend di 15 minutes tak juga bullish. Lebih baik anda tutup chart dan sambung esok pula. Mungkin trend akan bertukar arah.

Gunakan pemahaman yang sama untuk bearish trend.

Selamat bertrading kawan- kawan. Salam.

Monday, 30 May 2011

Salam rakan trade

Salam rakan-rakan trader. Saya agak jarang mengemaskini blog ini disebabkan terlalu sibuk dengan tugas luar saya. Apa pun saya berharap rakan trader semua dapat trade dengan tenang dan rileks. Jangan gopoh sebab forex bukan tempat untuk menjadi orang kaya segera. Forex adalah satu pelaburan yang memerlukan tahap kesabaran dan disiplin yang tinggi. Keuntungan 10% sudah cukup baik sebenarnya. Yang penting adalah konsisten dengan profit dan modal kita selamat. Usah terlalu mengejar keuntungan yang besar atau dalam ertikata lain TAMAK. Selamat bertrading

Friday, 8 October 2010

Trend bukan kawan tapi kekasih

Dalam forex kalau nak selamat, kita mesti bercouple dengan trend. Walaupun tidak 100% menjanjikan keuntungan, apa yang penting kita dapat meminimizekan risk trading kita. Secara nyatanya tidak ada langsung teknik yang menjanjikan 100% profit untuk setiap post yang kita masuk. Persoalan disini bagaimana kita nak follow trend? Banyak persoalan akan timbul disini. Antaranya bagaimana semasa kita masuk buy ketika trend up tiba2 trend berubah arah? Macam mana kita nak kenal trend semasa sebenar. Di timeframe satu jam kita nampak jatuh tapi trend daily kita nampak masih naik. Yang mana satu timeframe trader nak ikut? Persoalan ini antara yang sentiasa menghantui trader-trader.

Bagi trader yang masih baru, antara teknik yang sesuai digunakan dengan tujuan follow trend adalah :

1) Persilangan EMA.
2) Teknik 123.

Bagi expert trader pula mereka hanya berpandukan kepada :

1) Candlestick.
2) Fibonici.


Jika ada masa terluang, saya akan terangkan bagaimana untuk kita menggunapakai teknik-teknik diatas berpandukan kepada trend, InsyaAllah.

Thursday, 7 October 2010

Konflik dalaman Intelfx

Lebih dua bulan saya tidak mengupdate blog ini. Kali terakhir saya update post saya berkisar kepada perfomance Intelfx yang bagi saya boleh dikatakan terbaik untuk sebuah broker baru. Tetapi sejak dua menjak, terdapat masalah antara Intelfx dan para-para IBnya yang menyebabkan konflik dalaman sehingga menyebabkan kebanyakkan IB-IB Intelfx meninggalkan Intelfx. Apa yang saya ketahui, konflik ini berpunca dari pihak Intelfx yang gagal menguruskan pembayaran komisen kepada IB-IB yang selama ini telah mempromosikan Intelfx diseluruh pelosok internet.

Perkara sebegini tidak menjejaskan kita sebagai trader di Intelfx. Kita sebagai trader jarang berfikir tentang komisen kerana apa yang penting adalah profit dari trading forex kita. Namun adakah kita sebagai trader harus berhati-hati dengan Intelfx yang telah mengecewakan para IB nya? Jawapan saya ialah ya. Walaupun konflik dalaman ini tidak menjejaskan kita sebagai trader, namun nasihat saya yang juga sebagai salah seorang trader disini, kita harus berhati-hati dengan situasi ini. Tidak mustahil konflik ini boleh merebak kepada trader. Saya bukan hendak berpandangan negatif terhadap Intelfx tetapi sekadar beringat sebelum kena. Saya akan terus beringat sehingga situasi sebenar didedah dan ada penjelasan yang lengkap dari pihak Intelfx berkenaan konflik ini. Sehingga sekarang pihak Intelfx banyak berdiam. Yang banyak memberi feedback adalah bekas IB-IB intelfx yang banyak meluahkan perasaan mereka di forum-forum terkenal tanahair.

Sehingga saat saya menulis post ini, withdraw dan deposit masih berjalan lancar dan dalam seminggu dua ni agak kurang berlaku masalah teknikal. Pilihan ditangan anda. Selamat memorex.

Wednesday, 4 August 2010

Intelfx semakin bagus

Setelah dua bulan lebih saya trade bersama Intelfx, bolehlah dikatakan saya berpuas hati dengan servis dari broker yang diterajui oleh anak tempatan kita ni. Segala masalah teknikal yang pernah timbul dulu kini tidak pernah lagi saya alamai. Deposit dan withdraw berjalan lancar. Nampaknya Intelfx sekarang sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan broker-broker luar lain.

Jika anda ingin mencuba broker ni, saya amat menggalakkan anda mencuba. Ini bukanlah ayat marketing kerana saya tidak akan rekemen sesuatu benda yang tak bagus untuk anda kerana saya amat teliti dengan pemilihan broker dalam trading forex saya.

Tak salah mencuba. Jika kurang yakin, letak dulu modal secara kecil-kecilan. Jika deposit permulaan USD100 ke bawah anda layak untuk menerima welcome bonus 100%. Ini bermakna jika deposit permulaan anda dari nilai USD1 - USD100 anda layak menerima bonus 100% tersebut. Malah setiap top up deposit anda layak menerima bonus 50%.

*100% bonus hanya layak untuk akaun cent dan akan berakhir pada 18 Ogos 2010.

Berikut adalah ID YM local fund agent yang saya kerap berhubung untuk tujuan deposit dan withdrawal :

1.astagold
2.danzaimar
3.mamat_kaya06
4.solectron12

Untuk tujuan deposit dan withdraw anda bolehlah berhubung dengan ID YM local fund agent diatas.

Untuk pendaftaran dan maklumat lebih lanjut, bolehlah layari www.intelfx.com

Monday, 5 July 2010

Trade dengan candlestick

Bagi saya candlestick adalah indicator paling power dalam meta4 kita. Trade dengan candlestick lebih mudah dan menguntungkan jika kita betul-betul berdisplin. Ok saya nak ketengahkan satu method dengan menggunakan candlestick. Cuba lihat chart di bawah :



Cari setup seperti rajah diatas. Timeframe ikut suka, tapi saya cadangkan timeframe 15 minit ke atas la.

Syarat-syarat nak enter trade untuk sell adalah :

1)Pastikan candle pertama bearish untuk position sell.

2)Pastikan candle kedua mesti close dibawah low candle pertama

3)Pending order satu pips dibawah low candle kedua.

Stoploss ikut kemampuan money management anda. Tapi saya cadangkan SL pada high candle kedua atau high candle pertama.

Target profit pulak saya cadangkan antara 10-15 pips.





Syarat-syarat nak enter buy adalah :

1)Pastikan candle pertama bullish untuk position buy.

2)Pastikan candle kedua mesti close diatas high candle pertama

3)Pending order satu pips diatas high candle kedua.

Stoploss ikut kemampuan money management anda. Tapi saya cadangkan SL pada low candle kedua atau low candle pertama.

Target profit pulak saya cadangkan antara 10-15 pips.

Sunday, 4 July 2010

Intelfx Broker

Intelfx adalah satu broker baru yang bertapak di arena forex Malaysia mahupun antarabangsa. Diuruskan oleh orang kita sendiri dan apa yang saya tahu broker ini berdaftar di New Zealand.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan performance broker ni, tapi disebabkan tawaran deposit yang rendah iaitu RM3.00 - USD1.00 membuatkan saya ingin mencuba broker ni. Dan pada awal bulan Jun tempoh hari saya telah depositkan sejumlah RM ke broker ni. Dan bermula pada awal Jun saya pun mulalah trade di broker ni. Apa yang saya ragu-ragu akhirnya terjadi apabila position saya yang telah diset TP gagal di close walau harga telah menyentuh TP. Yang lebih kelakar bila harga menyentuh SL position saya telah ditutup. Apabila saya semak kembali status broker ni, memang broker ni mengalami masalah teknikal tetapi dengan bantuan IB broker ni akhirnya saya dapat kembali gantirugi saya akibat masalah teknikal broker ni walaupun mengambil masa lebih dari seminggu. Yang penting saya dapat kembali hak saya.

Tapi itu adalah pada awal penubuhan broker ni, dan sekarang apa yang diperhatikan masalah-masalah teknikal telah berjaya diselesaikan. Deposit dan withdraw juga berjalan lancar. Jika anda berhasrat untuk mencuba broker ni saya rasa anda patut mencubanya. Rate deposit Intelfx adalah terendah dalam industri forex Malaysia iaitu RM3.20 - USD1.00. Nak cuba broker ni bolehlah klik disini